Monday, 25 December 2017

Definisi Orienteering & Ajaran Sesat Di Dalamnya

Tajuk pun dah lain macam kan..?? hahahaha.. tapi itulah hakikatnya yang terjadi di Malaysia. Kebanyakkan antara kita tak faham apa itu Orienteering sebenarnya. Selalunya mereka menganggap membaca bearing pada kompas itu dah di kira Orienteering. Ada juga yang mengatakan Orienteering itu adalah kemahiran membaca peta topo dengan segala bagai koordinat didalam tu. Ada juga yang cakap Orienteering tu adalah bergerak mengikut koordinat yang telah ditentukan diatas peta topo dan ada yang sampai melebihi 100km untuk sekali pergerakan. Dan paling banyak aku tgk Orienteering ni dimainkan dengan peserta perlu bergerak mengikut beberapa bearing yang telah diberi kepada mereka. Huh..macam2 la….


Ok..so marilah kita membetulkan apa yang tak betul di sini. First skali mari kita lihat DEFINISI Orienteering yang telah aku kompakan :

DEFINISI ORIENTEERING

Orienteering merupakan SUKAN yang kompetitif atau tidak kompetitif, dimana peserta perlu menggunakan PETA dan KOMPAS sebagai panduan untuk BERGERAK mencari satu set titik kawalan yang telah ditandakan sebagai satu landasan diatas peta. peserta bebas memilih sendiri laluan yang sesuai mengikut bentuk muka bumi dan keadaan sekeliling.

Ok..huraian aku kat sini ialah :

1.      Sukan yang kompetitif atau tidak kompetitif : ianya adalah sukan. Maksud kompetitif atau tidak kompetitif ialah terpulang kepada korg nak jadikannya sebagai satu pertandingan (kompetitif ) atau sekadar latihan @ sekadar berekreasi (tidak kompetitif)
2.       Peta :Benda ni la yang paling daif kat Malaysia iaitu Peta Orienteering. Apa itu peta Orienteering? Lain kali aku cerita. Adalah sangat tak sesuai kalau guna peta Topo untuk Orienteering. Ia kerana skalanya besar dan warna dalam peta tu tak sama dengan peta Orienteering. So kalau takde peta Orienteering korg tetap boleh buat dengan menggukan lain2 peta seperti google map. Cuma peta dia takkan dapat detail seperti peta Orienteering la. Macam mana nak lukis peta Orienteering? Sila pergi kursus Orienteering Level O2..kat sana nanti ade belajar yer...huhuhuh
3.       Kompas : Sila gunakan kompas tapak atau thumb compas sahaja taw..kompas lain mcm kompas lensatik tu mmg tak sesuai. Dan kompas dalam Orienteering ni hanya utk bantu cari arah utara je. Kalau kompas tu xde nombor bearing pun xpe..janji jarum utara dia betul arahnya.
4.       Bergerak : yer…kena bergerakla..pasal dalam Orienteering dia ade beberapa titik kawalan (control point = CP) yang peserta perlu cari. Dan gabungan antara CP ni dinamakan landasan atau course dlm Bahasa omputihnya. Takat bagi bearing pastu suruh pserta cari tu bukan Orienteering. Sama gak korg dok cari bearing kiblat kat tmpt baru korg smpi..apasal xpanggil tu orienteering..kannnn…?
5.       Jarak : Dia ade beberapa format jarak..nanti la aku terangkan. Yang penting kat sini kebiasaannya jarak takkan lebih 60km kerna kalau dah lebih tu dia takkan di gelar Orienteering. Tapi dah jadi ROGAIINING.

So diharap dengan ulasan panjang aku ni korg paham la maksud Orenteering tu sendiri. Ia bukan sekadar mencari bearing guna kompas atau membaca peta topo yang gedabak tu.. Kalau di tanya apa itu Orienteering so korg jawabla :

Orienteering tu  satu sukan yang pesertanya kena bergerak mencari Point2 yang dah ditanda kat atas peta (CP) secepat mungkin dengan dibantu sebuah peta dan kompas


Haaaa..lebih kurang la macam tu…jangan lupa korang cakap skali yang Orienteering ni adalah LARIAN BIJAK..apa yang membezakan pelari biasa dengan Orienteers ialah Pelari hanya perlu membawa badan tetapi Orienteers berlari bersama OTAKNYA..kannn???

.so tunggu next post pulak yer..nak cerita pasal sejarah Orienteering sket..cekidaoouuttt….

Kemunculan Blog Orienteering Malaysia

Yeahh...
Untuk kali ke 3 aku try ber blog..dan untuk pengetahuan semua sebelum ni semuanya gagal..faktor utama ialah kemalasan menaip kot..lagipun aku tak berapa suka copy paste cerita2 orang.

So ini kira adalah azam aku 2018 supaya ada 1 tmpt segala info, pengalaman & ilmu tentang orienteering boleh aku kongsikan. xdela aku ni pandai sangat tapi tak salah rasanya kita berkongsi apa yang kita tahu kan.

Selain daripada tu ini adalah untuk membantu para student dan cikgu cikgi yang sukar mendapatkan maklumat orienteering semasa menggoogle.

Sooo..tunggu la next post aku yer..cikedauuuttt...


Definisi Orienteering & Ajaran Sesat Di Dalamnya

Tajuk pun dah lain macam kan..?? hahahaha.. tapi itulah hakikatnya yang terjadi di Malaysia. Kebanyakkan antara kita tak faham apa itu Orie...