
Ok..so marilah kita membetulkan apa yang tak betul di sini. First skali
mari kita lihat DEFINISI Orienteering yang telah aku kompakan :
DEFINISI ORIENTEERING
Orienteering
merupakan SUKAN yang kompetitif atau tidak kompetitif,
dimana peserta perlu menggunakan PETA dan KOMPAS sebagai panduan untuk BERGERAK mencari satu set titik kawalan yang telah
ditandakan sebagai satu landasan diatas peta. peserta bebas memilih sendiri
laluan yang sesuai mengikut bentuk muka bumi dan keadaan sekeliling.
Ok..huraian aku
kat sini ialah :
1. Sukan yang kompetitif atau tidak kompetitif
: ianya adalah sukan. Maksud kompetitif atau tidak kompetitif ialah terpulang kepada korg nak
jadikannya sebagai satu pertandingan (kompetitif ) atau sekadar latihan @
sekadar berekreasi (tidak kompetitif)
2. Peta :Benda ni la yang paling daif kat Malaysia
iaitu Peta Orienteering. Apa itu peta Orienteering? Lain kali aku cerita.
Adalah sangat tak sesuai kalau guna peta Topo untuk Orienteering. Ia kerana
skalanya besar dan warna dalam peta tu tak sama dengan peta Orienteering. So kalau
takde peta Orienteering korg tetap boleh buat dengan menggukan lain2 peta
seperti google map. Cuma peta dia takkan dapat detail seperti peta Orienteering
la. Macam mana nak lukis peta Orienteering? Sila pergi kursus Orienteering
Level O2..kat sana nanti ade belajar yer...huhuhuh
3. Kompas : Sila gunakan kompas tapak atau thumb
compas sahaja taw..kompas lain mcm kompas lensatik tu mmg tak sesuai. Dan
kompas dalam Orienteering ni hanya utk bantu cari arah utara je. Kalau kompas
tu xde nombor bearing pun xpe..janji jarum utara dia betul arahnya.
4. Bergerak : yer…kena bergerakla..pasal dalam Orienteering
dia ade beberapa titik kawalan (control point = CP) yang peserta perlu cari. Dan
gabungan antara CP ni dinamakan landasan atau course dlm Bahasa omputihnya. Takat
bagi bearing pastu suruh pserta cari tu bukan Orienteering. Sama gak korg dok
cari bearing kiblat kat tmpt baru korg smpi..apasal xpanggil tu
orienteering..kannnn…?
5. Jarak : Dia ade beberapa format jarak..nanti la aku
terangkan. Yang penting kat sini kebiasaannya jarak takkan lebih 60km kerna
kalau dah lebih tu dia takkan di gelar Orienteering. Tapi dah jadi ROGAIINING.
So diharap dengan
ulasan panjang aku ni korg paham la maksud Orenteering tu sendiri. Ia bukan
sekadar mencari bearing guna kompas atau membaca peta topo yang gedabak tu..
Kalau di tanya apa itu Orienteering so korg jawabla :
Orienteering tu satu sukan yang pesertanya kena bergerak
mencari Point2 yang dah ditanda kat atas peta (CP) secepat mungkin dengan
dibantu sebuah peta dan kompas.
Haaaa..lebih kurang la macam tu…jangan lupa korang cakap skali yang Orienteering ni adalah LARIAN BIJAK..apa yang membezakan pelari biasa dengan Orienteers ialah Pelari hanya perlu membawa badan tetapi Orienteers berlari bersama OTAKNYA..kannn???
.so tunggu next post pulak yer..nak
cerita pasal sejarah Orienteering sket..cekidaoouuttt….
No comments:
Post a Comment